Dia berhenti di jalan yang berdekatan Kampung Daun Delima iaitu Jalan Tasik. Jalan ini tiada kemudahan seperti lampu jalan raya. Jalan ini gelap gelita dan sunyi. Ketakutannya semakin menjadi-jadi. Di ruang yang gelap, kelihatan satu lembaga berdiri menuju ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Akhirnya, lembaga itu menonjolkan dirinya.. Dia membelakangkan diri. Matanya terbeliak. Ada sesuatu yang aneh di belakangnya. Dia menoleh.. Dia tidak melihat dengan jelas bentuk sebenar makhluk aneh itu. Makhluk itu mengeluarkan bunyi yang menggerunkan. Tangannya terketar-ketar. Ngauman makhluk itu sungguh menakutkan.
“Aaahhhhh!!!!!” Dia menjerit kesakitan.
Makhluk itu menyentuh tubuhnya. Makhluk itu memisahkan bahagian kaki, badan dan kepalanya. Makhluk itu merobek-robek semua usus-usus perut dalam tubuhnya. Darah tidak henti bertaburan di jalan. Sesuatu gambaran yang mengerikan yang dilihat olehnya selama ini. Dagingnya bertaburan di jalan itu. Usus-usus perut dipecahkan. Kepalanya dipisahkan. Tangan dan kakinya menjadi kecil-kecilan. Motorsikalnya tidak dapat menunjukkan warna sebenarnya kerana darah yang tidah henti memancut sehingga memudarkan warna motorsikal itu. Nyawanya tidak boleh diselamatkan lagi. Mayatnya ditemui dengan kejam yang tidak memberi kemanusiaan.